Khamis, 29 Januari 2009

The 50th post in the blog... Kampungku

Haha... bertuahnye dapat tulis post yang ke-50 ni....

Assalamualaikum sumer.. apa kabar? Sihat ke? Harap2 nyer sihat lah ye...

Kali ni aku menulis dari sebuah kampung yang pernah menjadi tumpuan pelombong2 timah suatu masa dahulu.. kat mana lagi kalo bukan kat kampung aku.. kat sebuah kampung yang bernama "Matang".

Kalau ade sesape tengok Majalah 3 hari Sabtu lepas (24 Jan), mungkin ada terdengar pasal tempat ni.. Kawasan ni dekat aje dengan kawasan paya bakau tu. Tapi aku x la duduk dalam paya bakau. Jadi kalo ade sesapa nk ke Kuala Sepetang (Port Weld) nk tengok paya bakau atau pegi laut.. singgah2 la kat rumah aku.. tepi jalan besar ni aje.

Nk kate kampung, Matang ni bukan la kampung sangat, sbb Matang ni sebenarnye sebuah daerah. Korang mgkin pernah dengar daerah "Larut, Matang dan Selama". Daerah2 telah digabungkan di bawah satu pemerintahan. Ada ura2 yang mengatakan kawasan ni akan dijadikan Kawasan Khas.

Kat sini jugak la letaknye Kota Ngah Ibrahim (dan jugak makamnye, yg baru dipindahkan dari S'pore tahun 2006 lalu) dan Makam Dato' Sagor. Jadi kirenye tempat ni agak bersejarah la. Kat sini la tempat pahlawan2 Melayu Perak yang menentang penjajahan Inggeris telah dihukum gantung.

Mahkamah pertama di Tanah Melayu didirikan di sini... skrg dah bertukar jadi Pejabat Penghulu. Maktab Perguruan Matang (terletak di Kota Ngah Ibrahim) pulak menjadi maktab perguruan pertama seumpamanya di Tanah Melayu, dari tahun 1913 sehingga 1922 sebelum dipindahkan ke Tanjung Malim.

Landasan keretapi pertama Taiping-Port Weld jugak kat kawasan ni... tapi skg rumah2 setinggan lak 'duduk' atas dia. Landasan tu ada tapi dah masuk bawah tanah...

Kalau nk g Zoo Taiping... dalam 8 km dari rumah aku... kene naik kete r.. nk harap bas... sendiri mau ingat la...

Banyak lagi tempat menarik kat Taiping n Matang ni... nnti2 la kite cerite lain. Ni pun dah panjang dah ni... Tapi tempat aku nk x de la AEON Hypermarket (JUSCO), MidValley, The Summit.. setakat Tesco tu ada la... hehe.

Kalo korang lak.. citer la pasal tempat korang... leh kite share pandangan.

ZOOM Malaysia.. banyak tempat untuk dilawati...
Posted by : Rahimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan