Jumaat, 16 Januari 2009

Selamat hujung minggu..

Assalamualaikum kawan2...

Sebelum memulakan cerita kali ni, saya nk ucapkan Selamat Ulangtahun Hari Lahir kepada semua yang lahir dalam bulan Januari ni.. dengan ucapan 'Zhu ni shengri kuaile' dan 'Eid Milad Sa'id'.

Ok... mula-mula nak cerita la kan... ada la 2,3 orang hamba Allah ni dah pergi berjalan tanpa beritahu kat saya yang diorang nk berjalan dan tidor kat rumah seorang hamba Allah ni... haha.. siapa dia? Alah... kawan baik kita tu le.... yang jejaka-jejaka yang perasan tu.... Tup-tup malam tadi saya tengah tunggu makanan, jadi teringat nak call diorang. Rupe-rupenye dah nak masuk ke Federal Highway nk ke Klang. Ada ke patut??? Tak tanya pun saya minggu ni sibuk ke tak... Sedih tau kena tinggal.

Tapi tak pe lah... ada jugak hikmah disebaliknye. Minggu ni pun memang dah janji dengan opah (saya panggil Tah, ikut cakap orang2 Perak Tengah) nak balik ke Taiping. Jadi kejap lagi pukul 10.30 pg, saya akan naik bas Starmart balik ke Taiping... wah... bestnyer!!! Lagi best dari pergi rumah seorang hamba Allah tu.

Lagi satu... ni ada jemputan untuk semua. Rakan Muda UiTM M'sia akan adakan Annual Grand Meeting pada:

Tarikh: 21 Januari 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Kompleks Sukan UiTM

Jadi yang berdekatan tu sudi-sudi lah menghadirkan diri ye. InsyaAllah saya pun akan berada di sana. Kalau tak dapat hadir, nanti bila kami buat program, join sama ok?

So... kepada kawan-kawan saya yang berada di Taman Pendamar Indah, selamat berhujung minggu. Kalau pergi makan tu ingat2lah saya... kalau pergi kareoke tu jaga2lah suara. Nanti batuk pulak... haha...

Lupe pulak... jaga kantin SMK Raja Lumu baik-baik ok?!!!

Selamat berhujung minggu... Wasalamualaikum.
Posted by: Rahimi Hadzri
(08.09 AM, 17 Januari 2009)

Rabu, 14 Januari 2009

Thanks to all of u...

Salam..
Kawe hrgai korunk suma..tq pada saper yg sponser kek masa mlm 13hb kat kedai dpn wet world tu.. x lupa juga tuk ABE WAN,DIDI,RAHIMI,AYU,IDA,LYN,MAMA LIYANA,HAIZA N IKA.. thanx tu u all sush2 dtng n smbut besday saper yg lahir bulan 1 (termasuk la kawe). dah la kena jln kaki jauh(tggl kreta kat sbelh kolej meranti).. tp xpe bila lg nk jln sama2 mcm tu kan.. ada yg ckp nk jln kaki blh kuruskan badan.. (kawe pon lm proses nk kurus juga). hahahah... tq to ida,didi,ika n dak2 akaun yg bg kad n adiah.. tq.. i appreciate it... ni 1st tym smbut besday nga mmber2 mcm ni.. sblom ni biasa2 jer kawan2 blunjer mkn jer tp xde pon kek power rangers tuh.. hehehehehe.. nnti da msa kita jmpa lg ramai.. k thanx again..
Posted by : Amir

Selasa, 13 Januari 2009

budak SUA at sek2...


camera pun malu nak tangkap gmbar kek power rangers nie...he

amboi amer...tersenyum riang nmpak

hepi besday to abah...

yana dgn pesen rmbut terbarunya...

mama yg tgh potong kek utk anak2 nya...

ada lah didi nak membahan org tue...

salam...
kecoh betul budak2 sua (especially DIDI) bila dpt jumpa balik kat kedai makan sek.2 semalam. walaupun x semua yang dpt dtg tp kitorg still mampu menggegarkan satu kedai makan berhadapan wet world tue. yang x bestnye budak2 nie ada je nak membahan & menggosip org. antara mangsa2 nya adalah ika ngan abg wan, ayu ngan amir & last but not least ida...he he. anyway, sume hanya gurauan semata-mata, x de kene mengena antara yg hidup atau yg mati kan...ha ha. harap2 lepas nie kite sume still dpt gather mcm semalam. take care ye sume...

Isnin, 12 Januari 2009

Movie

Salam kwn2, korg tau tak hr sabtu lepas DD g tgk Bedtime story dgn Abe Wan, Amir n Ida.. Best la cz fist time g tgk movie dgn dorg... (tuk Amir igt hari tu sampai bile2 tulis dlm diari) Lg satu yg best nyer Dd akhirnya dpt gak tgk movie mcm org normal x payah nk berdebat dgn kwn2 pasal ideologi yg cuba pengarahnya sampaikn. Tp dah jd mcm kebiasaan bila dah tgk, Dd mesti nk bg komen atau review pd kwn2, so sudi2 la korg baca...

Ia adalah idea baru yang mengisahkan Sketeer seorang juruteknik di hotel yang diasaskan oleh bapanya, telah bercerita kepada anak saudaranya sebelum mereka tidur. Tetapi kisah yang pada awalnya hanya rekaan tetapi menjadi benar dan realiti seiring dengan kehidupannya yang sering ditimpa malang.

Jalan cerita ia agak kemas, cukup dengan elemen komedi dari pelbagai karekter. Kaedah jalan ceritanya disulam dengan baik membuatkan penonton terbuai dengan setiap cerita yang dibawa oleh Skeeter, Bobbi dan Patrick. Ia juga cukup kuat menyelitkan nilai-nilai moral yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak, dan tidak terlalu berat untuk ditonton.

Siapa tak kenal Adam Sandler, pelakon komedi yang terkenal dengan filem Anger Management dan 50 first date. Dalam filem ini, gaya dan rentaknya sama sesuai dengan watak Skeeter yang suka berimaginasi dan bermain-main.

Komedi dibawa oleh Adam sangat segar, dan beliau bijak mencuri tumpuan penonton dengan gayanya yang selamba. Watak lain seperti Keri Russell,Lucy Lawless, dan Guy Pearce memang menghidupkan suasana. Pendek kata pemilihan pelakon tepat bagi mewujudkan elemen komedi dalam setiap babak. Yang pasti mereka profesional bagi menghidupkan jalan cerita.

Watak Buggsy antara karektor menarik bagi saya. Sejenis hamster bermata besar, cukup comel walaupun kita sedia maklum ia hanyalah jelmaan komputer semata-mata. Buggsy mampu membuatkan kita ketawa dan tersenyum dengan gelagat yang comel, manja terutama ketika babak dia ketawa terhadap kenyataan Mickey.

Diakhir cerita, apa yang dapat kupas di sini, cerita ini mengajak audien untuk menghargai bakat dan kebolehan diri sendiri, gembira dan yakin dengan kita buat, InsyAllah anda pasti berjaya.. Tetapi pada anda yang bakal menonton saya sekali ingin mengingatkan bahawa jangan mengharapkan ianya seperti Lord of the ring atau harry potter kerana sememangnya ia dihasilkan untuk tontonan kanak-kanak dan santai. Namun begitu filem-filem dari hollywood tidak terlepas daripada ideologi dan teori-teori yang cuba mempengaruhi audien termasuklah filem ini, tapi cukup la sekadar disini kerana ianya tidak terlalu penting untuk anda fikirkan. Selamat menonton...
Posted by : Didi

Ahad, 11 Januari 2009

Tabung Aman Palestin

Salam...

Kepada kwn2 yang sudi menghulurkan bantuan kepada saudara2 kita yang sedang bertarung nyawa di Palestin, boleh depositkan ke:

Tabung Aman Palestin
- Maybank: 5622 6301 0787
- Bank Islam: 1202 9010 0478 80

sedikit sahaja bantuan kwn2 mampu mengurangkan kelaparan & kesakitan mereka. InsyaAllah, jika sumbangan kita adalah ikhlas untuk membantu sesama umat Islam, Allah s.w.t akan melipat gandakan rezki kita. percaya lah...
posted by : Ika