Sabtu, 24 Januari 2009

hehehehehe.....

assalamualaikum semua!!!!!

dah lame tak post ape2 kat cni...bukan dah lupe atau nak biar segalanya jadi sejarah..tp banyak poblem sangat...yg paling utama ialah broadband de poblem!!!aishh!!rase tak le hidup sungguh xde broadband ni..besenye blik kelas je terus bukak laptop dan berinternet..ble xde broadband xde mood sgt nak bukak internet..connection salamstudent x mantap..asyik hilang je..nipon baru semalam g celcom centre setelkan pasal broadband nie..akhirnya..hidupku bersinar kembali..
hehehehehe.....

ape yg lin nak citerkan sekarang ialah lin da dpt jpa!!!so,lin dah x dlm kemiskinan..hehehehe..terima kaseh jpa kerana menyempurnakan hidupku...hehehehehe....ermm..tue je kot yg nak diceritakan kat sini..hope leh jumpe korg lg bebila...

Jumaat, 23 Januari 2009

Sorry guys....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

First of all... aku nk mintak maaf kat Wan, Are Meer, Didie n Ida sebab lama x berhubung dengan korang.. I'm so sorry. Alasannye: 1. Agak sibuk minggu ni, 2. hp aku dah masuk bengkel.. x dapat2 lagi, 3. hari khamis aku nyer line kne bar... sbb lupe nk bayar. Ni tadi baru call Celcom Careline n baru uplift call barring 2. Yang hp maxis dah abis credit mase call Are Meer dulu. haha.... macam2 nak jadi.

Disebabkan perkara-perkara di atas, aku x dapat nk reply msg korang @ call korang. So aku jadi 'kera sumbang' untuk satu minggu. Aku akan balik ke Perak pada 27 @ 28 Januari nnti... n balik ke Shah Alam balik pada 31 Januari.

So... ape2 pun aku harap korang semua dapat berseronok masa 'cuti sekolah' ni... (haha... macam budak2 sekolah pulak).. tambahan pulak aku x join korang lagi seronok kot (huhu.... kalau betul nk kena ni).

ok... Selamat Bercuti

Wasalam

Khamis, 22 Januari 2009

Selamat Bercuti...

salam...
apa kaba??? lama x dgr cite korang sume...esok or lusa ika pasti korang sume pulang ke kampung masing2 kan, so ika nak ucapkan Selamat Bercuti & jaga diri baik2...nak ucapkan gong xi fa coi x de pulak yang berbangsa cina, he he...X lupa juga kepada siapa yg bertanggungjawab ke atas teknikal blog nie, nice layout!!!
anyway, ika nak reply pasal proposal DiDi tue...hari ahad actually brapa hari bulan DiDi??? 1 Feb ke 8 Feb??? Apa2 pun keep in touch & let us know k...see ya

Rapat Umum..


Salam bahagia kepada semua kawan-kawan SUA, hope korang semua sihat belaka & hapi go lucky. Agak lama jugak Dd tak post berita kat sini, tapi tak brmakna Dd tak update baca korang punya post. Macam-macam hal Dd dgr, sampai ada yang merajuk cz tak dijemput ke kantin huhuhu(sori rahimi). Untuk pengetahuan kawan-kawan blog ini juga boleh menempatkan karya kreatif korang seperti mana karya nukilan Abe Wan, agar kita boleh berkongsi pendapat selain pengalaman pahit manis yang korang semua tempuhi.. Kawan-kawan perasan tak sesuatu di dalam blog kita, Dd pasti semua tahukan? Mulai hari ini blog kita telah bertukar wajah, ini bersesuaian dengan pemintaan orang ramai yang mahukan sesuatu yang fresh. InsyAllah, dengan cara ini blog ini mampu menarik perhatian geng2 kita untuk membaca dan terus berkarya, syabas Abe Wan selaku editor yang bertanggungjawab dalam bahagian teknikal... Baiklah! dalam diam tak diam, hari ini genaplah sebulan blog kita "Menggapai bintang" diwujudkan, so Dd rancang apa kata kita buat satu majlis bagi meraikan blog kita bersama ahli2 jawatan kuasa yang talah dibentuk, selain mampu mengubat rindu serta mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin. Dd tau kita semua sibuk dengan kelas masing-masing, so Dd rancang satu pertemua yang simple aje, nanti setiba kembali dari cuti raya cina ni, iaitu hari Ahad pagi, apa kita berkumpul di Tasik Shah Alam joging dan bersarapan sama. Dd rasa mesti tiada masalah bukan, cz rata-rata semua dari induk. Kalau korang semua setuju sila balas komen anda ye, kerjasama anda amat dihargai. Satu lagi peringatan kepada kawan-kawan, Dd sedia maklum yang korang kini sudah memiliki blog masing2 tapi kalau boleh jangan dibiarkan blog kita menjadi sejarah dan terus terkubur, teruskan usaha anda untuk menghasilkan sesuatu, walaupun sekadar 2 patah perkataan, agar kita sesama mendapat sedikit berita dari korang semua, agar perubungan kejap berpaksi . Akhir kata hayatilah dan renungkan sepotong ayat yang dipetik dari Saidina Ali; "Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyangi" Renung-renungkan dan selamat beramal..

Ahad, 18 Januari 2009

Teman...

Teman...
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah...
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Allah...
Jika ku lemah tak berdaya,
ingatkan lah aku dengan kehebatan syurga...

Teman...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku leraikan segera...
Jika pernah disebabkan ku hatimu terluka,
luahkan lah agar hati mu lega...
& jika esok ku lena tanpa terjaga,
iringilah lena ku dengan kalungan doa...

Teman...
Walau dunia tak seindah syurga,
bersyukurlah pada Yang Kuasa,
di takdirkan kita berjumpa & bersama...
Berjanjilah ukhwah antara kita ukhwah filLah...
Untuk selama-lamanya...





Posted by : wan =)

Feel free to visit my blog at ibnurashid.blogsopt.com