Rabu, 28 Januari 2009

Perlu ke cantum tilam malam nie? ~ Part 2

Biarlah tilam tu cantum lagi
dah macam wajib klu si gemuk datang meranti
dulu segan malu kini tak lagi
walau kena kemas tilam berkali-kali
sahabat punya pasal aku apa peduli...

Biarlah tilam tu cantum lagi
agar ku dapat berkongsi jiwa & bunga rasa
senda gurau gelak bersama
tentukan hilang gundah gulana
walau si lebar buat lawak yang ntah ke hapa2...

Biarlah tilam tu cantum lagi
berkongsi sedih kenangkan diri
merenung nasib & masa depan yang tak pasti
saling mengingati saling menasihati
yang kita ada halatuju & jatidiri
tanpa individualistik, pentingkan diri sendiri...

Biarlah tilam tu cantum lagi
dapatlah si gemuk, si kecut & si lebar
merenung diri mengambil iktibar
hakikat diri, ciptaan Allahuakbar
hidup kita ini, banyakkanlah bersabar...

Biarlah tilam tu cantum lagi
walau hidup kita penuh dengan ideologi
tapi kita sefikrah di minda dan hati
itulah titik tolak persahabatan ini
moga ukhwah filLah kekal hingga ke akhirat nanti
bukan setakat sampai ke mati
tak lah kita di dalam golongan yang rugi...

1.10pm, 26 Januari 2009
Ekspress Sinaran, KL ~ Butterworth

Posted by : Wan =)

Feel free to visit my blog at ibnurashid.blogspot.com

2 ulasan:

  1. sian la korang kena cantum2 tilam... aku gak yang tilam sorang2.. haha.. nak tilam lebih meh datang bilik aku... hoho..

    anyway.. puisi yang bagus.

    - by Rahimi Hadzri

    BalasPadam
  2. rahimi ajak2 tebuan... batang hidung tak penah nampak kt meranti, nak ajak org tido kt bilik dia... hishhhh... ajak2 tebuan... hahaaa...

    BalasPadam