Isnin, 12 Januari 2009

Movie

Salam kwn2, korg tau tak hr sabtu lepas DD g tgk Bedtime story dgn Abe Wan, Amir n Ida.. Best la cz fist time g tgk movie dgn dorg... (tuk Amir igt hari tu sampai bile2 tulis dlm diari) Lg satu yg best nyer Dd akhirnya dpt gak tgk movie mcm org normal x payah nk berdebat dgn kwn2 pasal ideologi yg cuba pengarahnya sampaikn. Tp dah jd mcm kebiasaan bila dah tgk, Dd mesti nk bg komen atau review pd kwn2, so sudi2 la korg baca...

Ia adalah idea baru yang mengisahkan Sketeer seorang juruteknik di hotel yang diasaskan oleh bapanya, telah bercerita kepada anak saudaranya sebelum mereka tidur. Tetapi kisah yang pada awalnya hanya rekaan tetapi menjadi benar dan realiti seiring dengan kehidupannya yang sering ditimpa malang.

Jalan cerita ia agak kemas, cukup dengan elemen komedi dari pelbagai karekter. Kaedah jalan ceritanya disulam dengan baik membuatkan penonton terbuai dengan setiap cerita yang dibawa oleh Skeeter, Bobbi dan Patrick. Ia juga cukup kuat menyelitkan nilai-nilai moral yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak, dan tidak terlalu berat untuk ditonton.

Siapa tak kenal Adam Sandler, pelakon komedi yang terkenal dengan filem Anger Management dan 50 first date. Dalam filem ini, gaya dan rentaknya sama sesuai dengan watak Skeeter yang suka berimaginasi dan bermain-main.

Komedi dibawa oleh Adam sangat segar, dan beliau bijak mencuri tumpuan penonton dengan gayanya yang selamba. Watak lain seperti Keri Russell,Lucy Lawless, dan Guy Pearce memang menghidupkan suasana. Pendek kata pemilihan pelakon tepat bagi mewujudkan elemen komedi dalam setiap babak. Yang pasti mereka profesional bagi menghidupkan jalan cerita.

Watak Buggsy antara karektor menarik bagi saya. Sejenis hamster bermata besar, cukup comel walaupun kita sedia maklum ia hanyalah jelmaan komputer semata-mata. Buggsy mampu membuatkan kita ketawa dan tersenyum dengan gelagat yang comel, manja terutama ketika babak dia ketawa terhadap kenyataan Mickey.

Diakhir cerita, apa yang dapat kupas di sini, cerita ini mengajak audien untuk menghargai bakat dan kebolehan diri sendiri, gembira dan yakin dengan kita buat, InsyAllah anda pasti berjaya.. Tetapi pada anda yang bakal menonton saya sekali ingin mengingatkan bahawa jangan mengharapkan ianya seperti Lord of the ring atau harry potter kerana sememangnya ia dihasilkan untuk tontonan kanak-kanak dan santai. Namun begitu filem-filem dari hollywood tidak terlepas daripada ideologi dan teori-teori yang cuba mempengaruhi audien termasuklah filem ini, tapi cukup la sekadar disini kerana ianya tidak terlalu penting untuk anda fikirkan. Selamat menonton...
Posted by : Didi

1 ulasan:

  1. didi, dia punya "miss song seng" ko tak komen ponn... hahaa... klu korang nk tau "miss song seng" tu menatang ape, korang tnya budak TEKA yeee, budak engine tak reti nk criter... huhuuu... =)

    ~wan~

    BalasPadam