Memaparkan catatan dengan label Didi_crazyjoker87. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Didi_crazyjoker87. Papar semua catatan

Khamis, 22 Januari 2009

Rapat Umum..


Salam bahagia kepada semua kawan-kawan SUA, hope korang semua sihat belaka & hapi go lucky. Agak lama jugak Dd tak post berita kat sini, tapi tak brmakna Dd tak update baca korang punya post. Macam-macam hal Dd dgr, sampai ada yang merajuk cz tak dijemput ke kantin huhuhu(sori rahimi). Untuk pengetahuan kawan-kawan blog ini juga boleh menempatkan karya kreatif korang seperti mana karya nukilan Abe Wan, agar kita boleh berkongsi pendapat selain pengalaman pahit manis yang korang semua tempuhi.. Kawan-kawan perasan tak sesuatu di dalam blog kita, Dd pasti semua tahukan? Mulai hari ini blog kita telah bertukar wajah, ini bersesuaian dengan pemintaan orang ramai yang mahukan sesuatu yang fresh. InsyAllah, dengan cara ini blog ini mampu menarik perhatian geng2 kita untuk membaca dan terus berkarya, syabas Abe Wan selaku editor yang bertanggungjawab dalam bahagian teknikal... Baiklah! dalam diam tak diam, hari ini genaplah sebulan blog kita "Menggapai bintang" diwujudkan, so Dd rancang apa kata kita buat satu majlis bagi meraikan blog kita bersama ahli2 jawatan kuasa yang talah dibentuk, selain mampu mengubat rindu serta mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin. Dd tau kita semua sibuk dengan kelas masing-masing, so Dd rancang satu pertemua yang simple aje, nanti setiba kembali dari cuti raya cina ni, iaitu hari Ahad pagi, apa kita berkumpul di Tasik Shah Alam joging dan bersarapan sama. Dd rasa mesti tiada masalah bukan, cz rata-rata semua dari induk. Kalau korang semua setuju sila balas komen anda ye, kerjasama anda amat dihargai. Satu lagi peringatan kepada kawan-kawan, Dd sedia maklum yang korang kini sudah memiliki blog masing2 tapi kalau boleh jangan dibiarkan blog kita menjadi sejarah dan terus terkubur, teruskan usaha anda untuk menghasilkan sesuatu, walaupun sekadar 2 patah perkataan, agar kita sesama mendapat sedikit berita dari korang semua, agar perubungan kejap berpaksi . Akhir kata hayatilah dan renungkan sepotong ayat yang dipetik dari Saidina Ali; "Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyangi" Renung-renungkan dan selamat beramal..

Isnin, 12 Januari 2009

Movie

Salam kwn2, korg tau tak hr sabtu lepas DD g tgk Bedtime story dgn Abe Wan, Amir n Ida.. Best la cz fist time g tgk movie dgn dorg... (tuk Amir igt hari tu sampai bile2 tulis dlm diari) Lg satu yg best nyer Dd akhirnya dpt gak tgk movie mcm org normal x payah nk berdebat dgn kwn2 pasal ideologi yg cuba pengarahnya sampaikn. Tp dah jd mcm kebiasaan bila dah tgk, Dd mesti nk bg komen atau review pd kwn2, so sudi2 la korg baca...

Ia adalah idea baru yang mengisahkan Sketeer seorang juruteknik di hotel yang diasaskan oleh bapanya, telah bercerita kepada anak saudaranya sebelum mereka tidur. Tetapi kisah yang pada awalnya hanya rekaan tetapi menjadi benar dan realiti seiring dengan kehidupannya yang sering ditimpa malang.

Jalan cerita ia agak kemas, cukup dengan elemen komedi dari pelbagai karekter. Kaedah jalan ceritanya disulam dengan baik membuatkan penonton terbuai dengan setiap cerita yang dibawa oleh Skeeter, Bobbi dan Patrick. Ia juga cukup kuat menyelitkan nilai-nilai moral yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak, dan tidak terlalu berat untuk ditonton.

Siapa tak kenal Adam Sandler, pelakon komedi yang terkenal dengan filem Anger Management dan 50 first date. Dalam filem ini, gaya dan rentaknya sama sesuai dengan watak Skeeter yang suka berimaginasi dan bermain-main.

Komedi dibawa oleh Adam sangat segar, dan beliau bijak mencuri tumpuan penonton dengan gayanya yang selamba. Watak lain seperti Keri Russell,Lucy Lawless, dan Guy Pearce memang menghidupkan suasana. Pendek kata pemilihan pelakon tepat bagi mewujudkan elemen komedi dalam setiap babak. Yang pasti mereka profesional bagi menghidupkan jalan cerita.

Watak Buggsy antara karektor menarik bagi saya. Sejenis hamster bermata besar, cukup comel walaupun kita sedia maklum ia hanyalah jelmaan komputer semata-mata. Buggsy mampu membuatkan kita ketawa dan tersenyum dengan gelagat yang comel, manja terutama ketika babak dia ketawa terhadap kenyataan Mickey.

Diakhir cerita, apa yang dapat kupas di sini, cerita ini mengajak audien untuk menghargai bakat dan kebolehan diri sendiri, gembira dan yakin dengan kita buat, InsyAllah anda pasti berjaya.. Tetapi pada anda yang bakal menonton saya sekali ingin mengingatkan bahawa jangan mengharapkan ianya seperti Lord of the ring atau harry potter kerana sememangnya ia dihasilkan untuk tontonan kanak-kanak dan santai. Namun begitu filem-filem dari hollywood tidak terlepas daripada ideologi dan teori-teori yang cuba mempengaruhi audien termasuklah filem ini, tapi cukup la sekadar disini kerana ianya tidak terlalu penting untuk anda fikirkan. Selamat menonton...
Posted by : Didi

Sabtu, 3 Januari 2009

Tom yam vs kari..

Salam, ari ni Dd bakal menerima rakan serumah yg baru!!! tak tau la klu leh fight roomate Abg wan kite, tp yg special nyer mereka ni d dtgkn khas dr thai, bg melanjutkn pelajaran kat Uitm puncak perdana. Dgr kate dorg amik LG BM, huh! bangga siot, cz ade jgk bangsa asing bljr bahasa kitekn, Asik kite aje study bhase luar (termasuk la aku yg repeat mandrin), by the way ari ni, amir, abg wan n rahimi nk dtg puncak, nk jln2 tgk bukit hahahaha.... Lgpun asik Dd aje dtg sane bile lg korg nk dtg sinikan? Ok lah tak leh lame nk kemas umh cz ade tetamu nk dtg bye...!

Khamis, 1 Januari 2009

Beringat sblm terkena...

Salam, ari nie, Didi nk lari topik ckt, bkn ape skdr nk mgingatkn diri dan kwn2.. Rata2 sbg pelajar ramai yg tidak sedar akn pembaziran yg kite lakukn.. Maklumlah ramai yg dpt PTPTN, biasiswa, tu blm campur dgn duit mak ayh bgtiap2 mgg.. Didi slalu tgk, tiap2 awl sem aje, ramai kwn yg brgaya dgn handphn baru, laptop baru, beg baru, bj baru dan byk lagi yg baru2.. tu blm bab mkn, mstilah KFC, McD dn mcm2 lg, tp bile dh hjg sem tau lak nk cari maggie.. Tp bape ramai kwn kt yg mympan duit, ade lak tu lum abis sem dah kering duit nyer, sbb ape? kerana sikap boros n membazir… Berbelanja mgikut hawa dan nafsu…Igt sbg sorg pljr, kite harus bijak megatur kwgan, cz kite tak tau ape yg akan blaku d hari mendatg.. Mungkin ari nie kite byk duit, tp esk luse sape yg tau.. Dgn mympn ini kt dpt mendisplinkn diri, malah membantu kite pada waktu yg sukar dan genting.. Didi dah byk jmpe org2 mcm nie, last2 mtk pjm duit kwn, klu tau ganti takpe, nie tak, wat2 lupe… Ape la jenis kwn… Dan kwn nie ade byk jenis, ade kwn bile waktu senang aje, bile kt susah die agkt kaki… Satu lg bile ade duit tu, jgn lak lupe pd yg memerlukn, klu boleh amalkn sikap bsedekah… Byk ganjaran bg org yg suke brsedekah nie.. Rezeki pun akn brtambah… dpt mghapuskn dosa dan dpt mdekatkn diri pada Allah s.w.t. klu nk tau lebih lanjut bace surah Al-Baqarah..

Renungkan2 dan Selamat Beramal

Posted by : Didi

Aku...

Salam, nampaknya sem ni Ida, Didi dan Abg Wan mempunyai waktu terluang pada hari yang sama, iaitu hari jumaat... Mcm mana lak dgn yg lain, korg free ari ape... Senang la kita plan wat ape2 nt, jgn lupa bg tau nt heheheh, Yus tu jgn nk sibuk! hang jauh, dari cawangan susah nk dtg, final sem plak tu, study target DL, ktorg kat sini same2 doakn... Ok cter bab lain lak, ni pasal semalam masa Didi nk bayar bil kat SACC, didi terserempak dengan sorg kwn yg kecoh sgt, sape lg klu bkn Nadiah, boleh ktorg menjerit kat situ ms jumpe, hahaha semua org pandang... ye la lame tak jumpe katekn rindu siot, ramai gak bdk2 SUA yg Didi jmpe kat PKNS, PAS n SACC, maklumlah dah dpt PTPTN time nilah nk shoping... Amir, Abg Wan n Rahimi lak bile lg agk nyer kite nk g karoke yek...? Rindu kat suara korg.. Amir mulai ari ni aku tak pggl ko B#### lg dont wori n so sori...

Didi nk say thanx kat Ida & Rahimi cz sudi mendengar luahan hati Didi smlm.. huhuhu sedih tau, mana taknyer, mentang2 la Didi dari TEKA, org asik dipandang serong aje, mcm2 org kate, teka berdosa la, org bandar la, teka mulut jahat la, dah biasa wat tu wat ni, mybe ada yg tak kenal sape lagi Didi kot, xpe tu semua Didi pendamkan asal korg bahagia... Tp Didi skali lagi nk jelaskn bahawa bkn semua org kat TEKA tu jahat, n bkn semua bdk kampung tu baik, yg penting mcm mana kita membawa diri kita sendiri... Time kasih kat kwn2 atas nasihat korg dan skrg ni Didi cuba kawal diri Didi agar tak membingitkan sesiapa lagi. So lepas ni harap kwn2 dpt membantu Didi utk menjadi yg lebih baik.. Salam hormat dari saya, sekian time kasih

Posted by : Didi

Khilaf...

Salam pada semua kawan2, tujuan aku menulis hari ni ringkas saje... Just nk mintak maaf pada semua kawan2 yg terasa diri mereka tertindas oleh kata-kata yg keluar dari mulut Didi.. Tak ada niat sebenarnya nak melukakn hati sesiapa cuma kadang2 nk menceriakn keadaan sampai lupa hati dan perasaan orang lain, mulai hari ini Didi akan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut, sempena awal tahun ini sekali lagi Didi memohon seribu keamaafan dari Amir, Abg Wan n Rahimi dan byk lagi, yg selama ini menjadi mangsa Didi... Ampun...!

posted by : didi

Rabu, 31 Disember 2008

Thanx to Rahimi

Rahimi TQ cz susah2 belanja aku, n amir sudi bagi aku lepak bilik dia... Best la kuar dgn korg, cz dpt redakan tekanan aku yg asik pk pasal subjek yg belambak bakal aku pelajari sem ni, aku dgr susah! tension! ditambah subjek Mandrin yg tak lepas2 lg ni huhuhu, Ida sori la cz aku tak leh lepak lame2 mcm korg..Abg Wan nt dah keja jgn lah tak kwn dgn ktorg pulak.. Apa2 pun lain kali kita kuar ramai2 pulak, ajk Bonda, Nadiah, Mama, Ika, Ayu n d geng... Kita mkn roti canai, murah ckt, hahahaha...! OK bye..

post by: didi

Selasa, 30 Disember 2008

Hapi new year!

Wow..! mentang2 dah lame aku tak on9, menjadi2 lak aku tgk blok ni, sampai ada yg ajk berperang, pastu ada yg malu la org panggil baby (amer), bdk kimia yg suka panggil org setan, kemain lg.. Apa yg nk diperangkn pun aku tak tau, by d way aku ni baik tau, mana suka bahan org, lain la si Ida, rahimi n amer, ops! lupa Abg Wan raja kejahatan yang makin maju mgenakan org, lg satu skrg kita dah ada pgkritik drama yg tak bertauliah la, dr mekanikal n law hehehe (jgn marah).. Apa2 pun tujuan aku nk wish hapi Awal Muharam... Kuatkn iman utk menempuh cabaran dan dugaan tahun baru, jgn sampai ada yg jatuh tersungkur dek godaan dan hasutan...!

post by: didi

Jumaat, 26 Disember 2008

Back 2 skool.....!


Wei, asl kejap sgt cuti sem ni, x puas rasa nya, baru aje mata aku ni nk dok mgadap tv, badan nk mrase empuk di katil, lidah nk menjamah mknn masakn mak, kaki gatal nk merayap ke umh kwn. Dah kena kemas brg blk uitm, baju kat SUA pun blom abis cuci lg... Kwn2 kat fact dah sibok sms taye bile nk blk, kacau betul la... Korg!!! bdk2 SUA dah ready ke nk back 2 skool?

Ape2 pun aku nk wish kat korg gud luck 4 dis sem, jgn malas2 mcm aku ni... Study elok2 mcm Rahimi dpt DL... Nt leh dpt biasiswa mcm Abg Wan...! So smpi bjmpe lg.. Akum

Me and Antoo...!


Hahaha, me and antooo... yg kanan sekali tu anto kubur @ rangka hidup(rahimi), sebelah dia tu toyol (amir) last skali, yg paling tinggi tu, org minyak yg berbedak di mukanya (abg wan)... huhuhuhu, best pic siot..! klu sesape nmpk antoo2 ni kat mane2 jgn lupa say hai..? Jgn marah ye antoo...

Selasa, 23 Disember 2008

Berpisah di sini...

Assalamualaikum pada kwn SUA08... Hope enjoy kat kg masing2! Kat sini Dd saja nk kongsi sesuatu dgn anda semua semasa kita sama di AUG08. Sila baca di bawah...

Kita mulakan dgn mengimbau semula kenang masa mula2 berkumpul di Mawar, sama2 daftar masuk secara rasmi bg sukarelawan AUG08. Jangan tipu kalau kita tak merungut tentang hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan kita semua, dari masalah jadual yang padat hinggalah hal bkaitan dgn elaun... Tp cuba anda fikirkan semula, mcm mana masalah itu semua merapatkan hubungan kita, kemudian menjadi kenangan terindah sesama kita. Termasuklah diri saya sendiri, yang pada dasarnya bertugas sbg urusetia kebajikan bersama2 Liza, Fira, Yus dan Ajis, sehinggalah b'tukar kpd penari besama2 kumpulan Abg Wan, Amir, Rahimi, Ida, Bonda, Nadiah dll. Mcm2 pengalaman dd dpt kumpul. Satu2 dd mulai kenal, dr urusetia sehingga sukarelawan dr seluruh pelosok UiTM... Sampai dicop Teka berdosa...

Uniknya di sini, kami d dtgkn dr fact yg berbeza, tp boleh layan. Bila ingat balik, kelakar kadang2 tergelak sendiri melihat gelagat kami semua, terutama aku dan ida yang suka membahan orang sape lagi mangsanya klu bkn Rahimi, sampai Abg Wan pun dah pandai mbahan org jgk... hehehe tp plg hapening masa naik bas no 16, dgn pakcik Din tak tau nk cakap mcm mana tak henti2 tergelak. Semua perasaan yang terbit kami kongsi bersama, tmasuk g mkn kat khulafah, roti canai 2 keping bak kata Ayu. Tp... semalam adalah kemuncak segalanya, apabila kami semua berangkat pulang menuju ke kg masing2, setelah selesai tanggungjawab dlm menjayakn acara AUG08. Sedih jgn cakaplah ada yang sampai menagis. Dd berat nk tglkn ida yg sekepala, Abg Wan yg byk bg nasihat, Amir baby yg comel, Rahimi yg DL. Nadiah yg kelakar, termasuk lah Ayu,Mama,Bonda,Ika dll. (byk sgt) Tp tulah sebagai manusia biasa kita tak lari dari perpisahan.

(Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berehat seketika di bawah sepohon pokok sehingga waktunya dia pergi meneruskan perjalanan bagi mencapai matlamat dan tujuan asalnya...). Dkesempatan ini Dd nk mtk maaf jika ada wat salah silap...

Semoga kita bjumpa lagi... to all guys keep in touch... Wasalam...
Post by: Didi