Khamis, 22 Januari 2009

Rapat Umum..


Salam bahagia kepada semua kawan-kawan SUA, hope korang semua sihat belaka & hapi go lucky. Agak lama jugak Dd tak post berita kat sini, tapi tak brmakna Dd tak update baca korang punya post. Macam-macam hal Dd dgr, sampai ada yang merajuk cz tak dijemput ke kantin huhuhu(sori rahimi). Untuk pengetahuan kawan-kawan blog ini juga boleh menempatkan karya kreatif korang seperti mana karya nukilan Abe Wan, agar kita boleh berkongsi pendapat selain pengalaman pahit manis yang korang semua tempuhi.. Kawan-kawan perasan tak sesuatu di dalam blog kita, Dd pasti semua tahukan? Mulai hari ini blog kita telah bertukar wajah, ini bersesuaian dengan pemintaan orang ramai yang mahukan sesuatu yang fresh. InsyAllah, dengan cara ini blog ini mampu menarik perhatian geng2 kita untuk membaca dan terus berkarya, syabas Abe Wan selaku editor yang bertanggungjawab dalam bahagian teknikal... Baiklah! dalam diam tak diam, hari ini genaplah sebulan blog kita "Menggapai bintang" diwujudkan, so Dd rancang apa kata kita buat satu majlis bagi meraikan blog kita bersama ahli2 jawatan kuasa yang talah dibentuk, selain mampu mengubat rindu serta mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin. Dd tau kita semua sibuk dengan kelas masing-masing, so Dd rancang satu pertemua yang simple aje, nanti setiba kembali dari cuti raya cina ni, iaitu hari Ahad pagi, apa kita berkumpul di Tasik Shah Alam joging dan bersarapan sama. Dd rasa mesti tiada masalah bukan, cz rata-rata semua dari induk. Kalau korang semua setuju sila balas komen anda ye, kerjasama anda amat dihargai. Satu lagi peringatan kepada kawan-kawan, Dd sedia maklum yang korang kini sudah memiliki blog masing2 tapi kalau boleh jangan dibiarkan blog kita menjadi sejarah dan terus terkubur, teruskan usaha anda untuk menghasilkan sesuatu, walaupun sekadar 2 patah perkataan, agar kita sesama mendapat sedikit berita dari korang semua, agar perubungan kejap berpaksi . Akhir kata hayatilah dan renungkan sepotong ayat yang dipetik dari Saidina Ali; "Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyangi" Renung-renungkan dan selamat beramal..

1 ulasan:

  1. cek setuju... dh lama cek tak jog... klu cek pancit korang tunggu lh yeee... heheee.... =)

    BalasPadam